Sunday 19 July 2015

Backpakers to Melaka on Eid Mubarak

Mid break sem dua minggu. Kebetulan juga terkena pada cuti hari raya. Tiket return ke Sabah mencecah 1k. Sabar jelah. Aku decided ke rumah my sister di Petaling Jaya instead of balik kampung. Lagi pun dia cuti bekerja sempena cuti hari raya. Sis aku kata nak ke Melaka.

17/5/2015

Seawal jam 8.30 pagi dari Petaling Jaya, kami menaiki bas free PJ menuju Stesen LRT Taman Jaya. Dari Taman Jaya ke KL Sentral. Tiket ke TBS RM1 sahaja.

Sebaik tiba kami bergegas ke kaunter tiket dan yang menyedihkan tiket ke Melaka semua sold out. Kami ambil train ke Seremban pula. RM5.50. Kami agak bernasib baik. Dapatlah juga tiket ke Melaka .RM10.00. Jam 12, Seat bebas.

Dalam perjalanan my sis booking hotel melalui online.Katanya lokasinya tidak begitu familiar tapi just grab sebab hotel pun semua dah sold out. Nak murah dan jimat.Dapatlah satu malam RM60.

Sebaik tiba di Melaka Sentral, kena cari bas ke Bandar Hilir pula. Tamabang seorang RM1.50 jika turun di Mahkota Parade

Cuaca agak baik. My sis kata takdelah secrowded hari raya last year. 

Destinasi kaki pun bermula sebaik menuruni bas bermula dari Dataran Pahlawan Mall-Muzium Rakyat-Kota Afamosa-Bukit St Paul-Kubur lama-Bangunan Stadhuys.

Kemudian kami berjalan kaki mencari hotel yang di tempah menggunakan google Maps. Sebaik jumpa barulah berasa lega dapat rehat .

Malam kayan my sis datang dan bawa kami jalan-jalan. Sis kata nak makan seafood.Wow makan dalam RM80 sayur kangkung belacan, prawn salted egg & ikan jenahak portuqes baked.Huhuu...

Sebelum balik hotel kami ke Jongker wall

18/7/2015

Kami ke seberang jalan hotel..pergi tengok perigi hang li po. Singgah makan di wantan mee di kedai cina dan baru balik ke hotel, checok out. Kali ni perjalana ke Bangunan Staduys terasa begitu dekat. Kami ambil peluang melawat tempat=tempat yang belum sempat di lawati.dan sekalai lagi masuk ke Jongker walk.

Jam 3 kami sedia menanti bas untuk balik ke MelakaSentral. Kali ini tambang rm2 seorang

Dari Melaka kami ambil bas ke seremban rm8. Dari seremban kami menaiki train rm6 ke kl sentral, Singgan mencari makan di kl sentral seketika. Kemudian kami menaiki lrt ke PJ dan terus balik ke rumah menaiki bas